TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 19 Mei 2011

WHAT IS THE BENEFIT OF COOKING CLASS?



( GUIDANCE CORNER )

Memang sejak dari dahulu lagi Hafidz sering menolong di dapur. Apalagi...anak-anak yang adapun...semuanya lelaki. Bila tak cukup masa baru minta tolong apa yang boleh. Cuma kebelakangna ini sahaja mula buat cooking class secara formal.

Sebenarnya banyak yang Hafidz belajar semasa cooking class. Memanglah yang paling ketara ialah....dia dapat kepakaran memasak berbagai-bagai resepi. Yang menariknya, dapat disulam dengan pelajaran lain seperti sains, geografi, vocabulary dan sejarah. Semasa membersih ayam, Hafidz sangat berminat dengan internal organ ayam. Habis dibelek dan ditanya.

Bab pernafasan dan penghadaman sudah diajar tahun lepas. Jadinya, sekarang ni..dapur dah jadi makmal biology pula. Pernah sekali tu....berjam masa dihabiskan semasa memotong ayam. Kita yang terang tentang fungsi setiap organ kena cekaplah.....Kalau tidak dialah pula yang ajar kita walaupun dia tak berapa tahu. Siap kita kena goreng pula. Kalau tak pasti...cepat-cepatlah ke komputer dan search. Jadi...taklah kita kena goreng. Dia pun berpuas hati dengan cara ini. Beginilah kalau ajar remaja. Bukan boleh kita kurang ilmu apalagi tersalah beri info.....nanti mereka kurang yakin dengan apa yang kita ajar. Selalunya saya ambil pendekatan sama-sama belajar. Dia pun seronok kerana.....mungkin dia rasa macam kawan-kawan.

Semasa cooking class banyak juga vocabulary english dapat diajar seperti nama sayur-sayuran dan rempah
-rempah. Mulut kita kena asyik mengajar ajelah....Saya akan memberitahu nutrient yang terkandung dalam bahan-bahan makanan yang digunakan. Apakah kegunaaan nutrient itu kepada badan kita.

Jadinya, setiap kali cooking class ada sahaja bahan makanan yang jadi topik utama. Mungkin kali ini saya terangkan tentang kunyit. Apa nama bahasa Inggerisnya dan kalau ingat ....nama saintificnya. Kelebihan kunyit dalam perubatan. Ha...Ini yang paling Hafidz minat. Keesokan harinya dia akan cari benih untuk tanam apa-apa yang kita telah ajar. Kunyit, halia, lengkuas, serai, daun kesom dan macam-macam lagi yang dia tanam dalam garden. Kami adalah pengeluar produk traditional yang berasaskan bahan semulajadi. Bahan-bahan sebegini memang banyak kami gunakan dan adalah sangat penting untuk Hafidz mengetahui dengan terperinci setiap kelebihan yang ada.

Bukan setakat pelajaran sains, kadang-kadang tengah memasak, terpaksa ke komputer untuk search google map. Apahal? Tak lain tak bukan nak cari negara mana asal masakan yang tengah di masak. Kalau masak DOSAI atau kita panggil TOSE, kenalah search nama negeri tempat asal resepi tersebut.

Sebenarnya bukan Hafidz sahaja yang belajar. Saya juga banyak dapat menafaat dari cooking class ni....Sebelum ajak dia ke dapur, kena buat research dulu agar dapat menerang sesuatu masa memasak. Saya mula memandang kerja masak memasak melalui sudut lain. Terasa lebih profesional dari dulu dan berilmu.


Seperti remaja-remaja yang lain, Hafidz berminat dalam teknik kita melakukan sesuatu. Contohnya cara memotong dengan laju macam chef dalam tv, melakukan "juggling" dengan bawang atau limau, menumbuk sambil membaling batu lesung ke atas dan sambut balik dan macam-macam lagi. Kita kena layanlah....terpaksa sabarlah bila limau nipis bertaburan dek tak expert melakukan "juggling". Kalau kita terror melakukan semua itu, respect habislah dia.....Remaja tetap remaja. Bagus juga....kita masuk alam baru pula.








READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...