TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 9 Jun 2011

YES....I CAN SEE VENUS !!!

( GUIDANCE CORNER )


Genap seminggu sudah kami berpuasa sunat bulan rejab. Insyaallah ini akan berterusan hingga ke bulan Ramadhan. Ini adalah amalan tahunan keluarga yang ditunggu setiap tahun. Walaupun Ramadhan masih jauh lagi, tapi keberkatannya sudah dapat dirasai. Malam-malamnya sudah dapat rasa kesyahduan Rhamadan. Terutamanya saat-saat bangun sahur dan mendirikan solat sunat sebelum subuh. Memang lain rasanya dari malam-malam sebelumnya. Ditambah lagi dengan aktiviti stargazing yang semakin rancak semenjak kami memperkenalkannya pada homeschooling kami.

Selalunya aktiviti stargazing ni...kami lakukan ketika menunggu azan Isyak dan azan subuh. Suasana malam yang kerap hujan sejak akhir-akhir ini mengaburi kegemerlapan bintang-bintang di langit. Saban malam mengintai langit akhirnya Allah perkenankan hasrat kami meneroka alam astronomi yang sungguh ajaib dan mengasyikkan. Subhanallah.

Nun di ufuk timur rumah kami, buat pertama kalinya kami mengenal planet Venus. Ini adalah hasil dari tunjuk ajar dari abang Hafidz yang pernah menjadi ahli kelab mencerap bintang di universitinya. Bertuah rasanya homeschooling kami yang baru berkenalan dengan astronomi.
 

" Kalau nak cam planet, cari yang tak berkelip" Antara tunjuk ajar dari si abang.

 Mulalah si Hafidz menerawang angkasa dengan matanya yang sefokus yang mungkin.
 
" Ha....Venus tu...planet kedua dari matahari." Hafidz menunjukkan satu sinar yang agak terang dari sinar-sinar yang lain. Makin expert dia menyebut nama-nama planet-planet yang sudah dipelajarinya masa kelas astronomi. Terasa berbalui sungguh usaha kami untuk memperkenalkan Allah melalui ilmu bintang yang tersangat hebat ini.

" Yang itu pun tak berkelip juga, planet apa pula tu..?" Tanya Tajrid yang baru saja join stargazing kami yang bermula dari tadi.

" Tak semuanya planet. Kemungkinan besar  adalah satelit. Cuba perhatikan kedudukannya yang berubah-ubah pada malam yang lain"

" Cuba fokus pada satu tempat saja buat beberapa minit. Kalau ada rezeki, kita akan melihat cahaya yang bergerak pantas dalam beberapa saat saja. Itulah meteor " Terang si abang.

" Yes! nampak dah satu...." Jerik Hafidz dengan penuh keterujaan.
Akupun tak mahu lepas peluang untuk melihat ciptaan hebat Allah ini. Puas aku menerawang tapi....tak nampak juga. Mungkin mata yang berusia separuh abad ini dah tak begitu fokus atau tidak jelas seperti mata-mata remaja ini.


"Apa bezanya meteor dengan meteoroid ?" Tanya si abang menguji kefahaman adik-adik.

Cepat-cepat Tajrid menjawab " meteoroid tu....serpihan dari comet dan asteroid yang mengelilingi matahari"

Hafidz menambah pula " Yang nampak macam cahaya bergerak laju tu....meteor kan?

" Pandai pun..." pujian membina dari si abang.

Terasa kerdil dan tersangat jahilnya aku dengan ilmu Allah ini. Homeschooling kami baru masuk pintu gerbang ilmu astronomi. Terlalu banyak yang aku tidak tahu sedangkan anak-anak sangat dahagakan ilmu ini. Perlu gandakan usaha mencari dan terus mencari untuk mengajar mereka. Yakin boleh...Pasti boleh!!  
" Nampak tak kumpulan bintang-bintang itu? Yang  nampak seperti awan putih yang penuh dengan bintang-bintang. Itulah Bima Sakti, galaxy kita" Terang abang kepada adik-adiknya.

INFO:





What is the difference between an asteroid, comet, meteoroid, meteor and meteorite?


Asteroid: A relatively small, inactive body, composed of rock, carbon or metal, which is orbiting the Sun.
 
Comet: A relatively small, sometimes active object, which is composed of dirt and ices. Comets are characterised by dust and gas tails when in proximity to the Sun. Far from the Sun it is difficult to distinguish an asteroid from a comet.
 
Meteoroid: A small particle from an asteroid or comet orbiting he Sun.
 
Meteor: A meteoroid that is observed as it burns up in the Earth's atmosphere - a shooting star.
 
Meteorite: A meteoroid that survives its passage through the Earth's atmosphere and impacts the Earth's surface.
 
Reference:

http://www.nearearthobjects.co.uk/






DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...