TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 10 Disember 2011

GERHANA BULAN PENUH MALAM INI !!!!



Malam ini adalah kemuncak pembelajaran Astronomi bagi FCUHOMESCHOOLING semenjak pelancarannya INTRODUCTION TO ASTRONOMY CLASS. Walaupun Hafidz sudah mempelajari tentang phasa bulan dan juga phenomena gerhana bulan semasa kelas Astronominya awal Jun 2011, kelas homeschooling pagi sabtu ini dipenuhi sepenuhnya dengan penerangan dan melihat video di youtube tentang gerhana bulan. Turut serta mengikuti kelas ini ialah Afiqah yang sudah mula meminati aktiviti mencerap bintang yang sering kami sekeluarga jalankan.

Aktiviti mencerap bintang semakin aktif sejak kami memiliki Zoom Lens for Canon EOS Mount. Zoo Lens ini berfungsi seperti telescope yang dipasang dikamera dan sekali gus membolehkan merakam segala aktiviti di angkasa. Kebolehannya untuk zoom 13000x memang memuaskan hati untuk pembelajaran kelas Astronomi homeschooling kami.

Biasanya aktiviti mencerap bintang ini biasanya dilakukan di dua tempat iaitu di beranda belakang rumah yang mengadap laut dan juga di atas bumbung rata bangunan yang sedang diusahakan oleh FCU. Kedua-dua tempat ini agak strategik kerana bebas dari pencemaran cahaya dari rumah sekeliling.

AKTIVITTI MENCERAP BINTANG DI TEPI LAUT:

Setiap kali langit cerah dan penuh dengan bintang-bintang bergemerlapan, FCUHOMESCHOOLING akan membuat aktiviti mencerap bintang. Kelihatan Hafidz sedang meneropong angkasa luas.


Inilah sifu mencerap bintang kami. Pengalamannya dalam kelab mencerap bintang di universiti sangatlah berharga buat kami yang baru mengenal ilmu astronomi. Alhamdulillah...


Memang asyik sungguh!! Fikiran pun tenang terutamanya kalau diisi dengan  zikrullah dan membaca ayat-ayat Quran yang menceritakan kebesaran Allah menjadikan alam ini. Subhanallah.....

Kelihatan image bintang yang berkelipan di lensa kamera.



Setelah dizoomkan sebanyak 1300x kami diizinkan Allah melihat sebuah
 bintang nun jauh di sana. Menurut sifu kami, bintang ini dah hampir mati. 
Panjang lebar juga penerangan sifu bab bintang ini dan sangat memuaskan.









Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengabulkan idaman saya sebagai pembimbing FCUHOMESCHOOLING untuk memiliki sebuah telescope bagi menrealisasikan pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang Astronomi ini. Sememangnya sangat penting untuk kita menggalakkan celik astronomi di kalangan anak-anak. Anak-anak di bumi Amerika, Rusia, Cina dan Eropah sudah berada di peringkat tinggi pengetahuan mereka dalam bidang Astronomi kerana mereka mempelajari di sekolah tetapi tidak di Malaysia dan kebanyakan negara Islam.Padahal ilmu Astronomi adalah antara ilmu yang membuka minda yang sempit untuk jadi seluas alam maya ciptaan Allah. Untuk jadi khalifah memimpin alam ini , sudah pastilah kita kena arif dengan segala isi alam maya.


GERHANA BULAN MALAM INI:
Pada malam ini 10 Disember 2011, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang.Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. 

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.







GRAFIK GERHANA BULAN PENUH
sumber google




Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)
Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:
i.                    Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.
ii.                  Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.

      
Gambarajah 1



Gambarajah 2, di bawah  ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).
Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir

Gambarajah 2


Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada malam ini.


Umat islam juga digalakan mengerjakan ibadat SOLAT SUNAT KHUSUF berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana. 


 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...