TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, March 26, 2012

SIRI 11 ( RUMAH BERSEJARAH ) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA


(GUIDANCE CORNER)

MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI



( KHAMIS 28.12.2012)
Sudah dua malam kami menikmati bayu Selat Melaka di Deruan Ombak. Sudah pastinya, ruang masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk menyelaras segala urusan yang terbengkalai dalam perjalanan dari Pantai Minyak Beku hingga ke Pantai Padang Kemunting. Segala pakaian dan tuala yang kotor diuruskan dengan segera agar kering bila perjalanan seterusnya bermula. Aktiviti mengedit video juga berterusan hingga ketengah malam. Tibalah masanya kami beredar untuk terus meneroka negeri bersejarah yang sangat indah ini.

RUMAH MELAKA


 Sebenarnya banyak rumah Melaka yang cantik-cantik di sepanjang jalan tetapi 
tak sempat nak rakam kerana wira-wira berlalu agak laju. Yang paling ketara 
ialah tangganya yang besar dan cantik. Akhirnya dapat juga saya rakam 
 sebuah rumah Melaka apabila wira-wira berhenti di tepi jalan atas
sebab-sebab tertentu.


Memang cantik dan unik sekali. Setiap negeri mempunyai style rumah tersendiri. Kalau kat Kelantan, penduduknya suka bina rumah yang besar melaut. Designnya macam-macam dan bercampur ala moden dan traditional. Manakala di Johor pula, kebanyakan rumah ada halaman yang sangat luas. Kalau rumah tu...di tepi jalan, kita akan nampak rumahnya nun jauh disana selepas melalui halaman yang luas dan cantik serta kemas. Rumah di negeri Trengganu pula banyak yang berada antara 2 ciri iaitu negeri Kelantan dan negeri Johor. Pengamatan ini adalah secara rambang sahaja dan apa yang kami lihat di tepi jalan. Masuk sahaja sesebuah negeri, pelajar-pelajar homeschool mesti teruja untuk melihat kelainanan dalam binaan rumah bagi negeri tersebut.


Gambar sebuah rumah Melaka yang kami ambil dari goggle. Lihatlah betapa terserlahnya tangga yang penuh ukiran dan berwarna terang itu jika dibandingkan dengan saiz rumahnya. Memang menarik perhatian terutamanya bagi pelancung dari luar negeri Melaka.


( INFO UNTUK HOMESCHOOL )

RUMAH MELAYU ASLI DEMANG ABDUL GHANI (MERLIMAU)

Siapakah dia Demang Abdul Ghani yang membina rumah  traditional Melayu ini dalam tahun 1894 dan kemudiannya diubah suai dalam tahun 1915 ? 

Kini usia rumah ini  mencecah 118 tahun. Beliau adalah seorang hartawan yang berketurunan Palembang dan telah dilantik oleh Residen Commissioner Melaka untuk menguruskan kawasan pentabirannya. Dengan lain perkataan, beliau umpama seorang "Raja Kecil" yang sangat dihormati. Malah ada sebuah lokap sementara bagi pesalah yang dibicarakan sebelum dihantar ke pihak polis.


Lithatlah betapa mahirnya tukang kayu pada zaman dulu. Sememangnya hasil seni bina ini sangat mengkagumkan dan diperkatakan melampaui zaman dan warisan budaya. Persis Istana Melaka dan tidak hairanlah sesetengah penduduk Merlimau memberi jolokan rumah itu sebagai Istana Merlimau. Yang hairannya rumah besar ini tak berbilik. Ini adalah elemen utama rumah Melayu tulen.

Bentuk rumah itu mempunyai ciri Melayu tetapi anjungnya berbumbung limas. Rumahnya besar dua sebandung dengan dapur masaknya berbumbung lintang dan ruangnya juga sangat luas. Rumah besar dan dapurnya dipisahkan oleh sebuah pelantar simen, tiga buah anjung, serambi, dapur memasak dan perigi.






 Yang paling terserlah dalam binaan bersejarah ini ialah tiang serinya. 
Kedua-duanya telah dilapik dengan papan berlorek yang hiasi kelopak bunga.




Tangga yang cantik ini pula dihiasi dengan jubin yang diimport dari China.





 
Serambi inilah  Mahkamah Rakyat dihidupkan untuk mengadili kes-kes jenayah
di Melaka pada zaman dulu.


Ruang yang luas ini adalah sangat sesuai untuk persidangan







Saturday, March 17, 2012

SIRI 10 (PADANG KEMUNTING) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.


(GUIDANCE CORNER)

MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI




Deruan Ombak adalah tempat penginapan kami yang kelima dalam musafir panjang ini. Setiap tempat penginapan ini mempunyai keistimewaan masing-masing di hati kami. Semuanya melakarkan kenangan indah di sanubari setiap individu FCU.

Hanya selang beberapa buah rumah dari Deruan Ombak, terdapat sebuah Pusat Pengurusan Penyu yang tidak asing lagi di Malaysia. Sememangnya kami tidak melepaskan peluang keemasan untuk melihat sendiri penyu-penyu yang ada di pusat tersebut.


PUSAT PENGURUSAN PENYU PADANG KEMUNTING 
Pusat penetasan ini terletak kira-kira 26km dari Alor Gajah dan 9km dari Masjid Tanah. Kedudukannya di Pantai Padang Kemunting, dapat menarik ramai pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dengan spesis yang makin pupus ini.
Pintu gerbang yang menyambut kedatangan para pengunjung ke pusat ini



Pusat Pengurusan Penyu ini merupakan sebuah bangunan yang
 cantik dan bercirikan trditional Melayu.


Pandangan dari sudut depan





Pandangan dari sudut sisi



Kami sekeluarga meninjau kolam dimana penyu-penyu di pelihara. 
Terdapat 4 jenis penyu semuanya dan dalam berbagai saiz.

INFO HOMESCHOOL

 7 jenis penyu di dunia



1. Penyu belimbing : nama tempatan
          Dermochelys coriacea : nama saintifik   
          Leatherback turtle : nama Inggeris

2. Penyu agar/hijau : nama tempatan
          Chelonia mydas : nama saintifik
          Green turtle : nama Inggeris

3. Penyu karah/sisik : nama tempatan
          Eretmochelys imbricata : nama saintifik
          Hawksbill turtle : nama Inggeris

4. Penyu lipas/lekang : nama tempatan
          Lepidochelys olivacea : nama saintifik
          Olive ridley turtle : nama Inggeris
5. Penyu lekang  kempii : nama tempatan
         Lepidochelys kempi : nama saintifik
         Kemp's ridley : nama Inggeris
  
6. Penyu pipih : nama tempatan
        Natator depressus : nama saintifik
        Flatback turtle : nama Inggeris
7. Penyu tempayan : nama tempayan
       Caretta caretta : nama saintifik
       Logger head : nama Inggeris


-Penyu telah wujud kira-kira 145 hingga 208 juta tahun  dahulu iaitu sejak zaman dinosaur lagi.
 Pada masa itu Archelon, yang berukuran panjang badan enam meter, dan Cimochelys telah  
 berenang  di laut purba seperti penyu masa kini.
-Spesies penyu hidup lama kerana untuk matang sahaja sudah mengambil masa antara 20 hingga 50 tahun.

-Imprinting
Haiwan reptilia ini mempunyai keunikan iaitu berkebolehan untuk kembali semula ke pantai berpasir tempat ia menetas untuk bertelur dengan mengembara beribu-ribu kilometer dari kawasan pemakanan.

-Penyu betina bertelur pada waktu malam dan dapat bertelur 4 hingga 6 kali setahun dalam satu-satu musim persarangan iaitu setiap 2 tahun sekali. Purata bilangan telur adalah bergantung kepada spesies dengan jarak masa bertelur antara 8 hingga 12 hari antara satu-satu pendaratan.

SPESIES-SPESIES PENYU DI MALAYSIA

Terdapat tujuh spesies penyu laut di dunia. Dari tujuh spesies ini, empat spesies penyu laut mendarat di Malaysia. Spesies-spesies tersebut seperti :

4 JENIS PENYU DI MALAYSIA


Penyu Belimbing
Leatherback Turtle
Dermochelys Coriace


                                                            sumber photo: goggle
1) Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.



                                                                         Penyu Agar
Green Turtle
Chelonia Mydas


                                                              sumber photo: goggle

2) Penyu Agar juga dikenali sebagai “ penyu hijau “ mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.





Penyu Karah / Sisik
Hawksbill Turtle
Eretmochelys Imbricata

                                                         sumber photo: goggle
3) Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.



Penyu Lipas
Olive Ridley Turtle
Lepidochelys Olivecia

                                                        
                                                          sumber photo: goggle

4) Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

sumber:
http://www.dof.gov.my






Kakitangan yang bertugas sungguh bermurah hati melayan kami sekeluarga.
Sebaik sahaja anak-anak minta ingin melihat penyu-penyu dari dekat,
terus dia mengambil seekor penyu Agar yang matang untuk kami lihat.





Penyu Karah adalah penyu yang paling cantik kerana warnanya keemasan
dan karapasnya nampak bersisik-sisik yang bertindih. Memang cantik !!
Lihatlah betapa cantiknya penyu karah yang sedang berenang di dasar lautan.



Orang yang pertama diberi penghormatan untuk menyentuh 
penyu Agar ini ialah tuan puteri Alyssa. Alyssa pula begitu 
berani sambil membelai-belai penyu tersebut. Memang Alyssa 
is an amazing girl !!! Apalagi...Afiqah dan Afiq juga tak sabar-sabar 
untuk bermesra dengan spesies dinasaur yang masih ada hingga sekarang.....


Afiq dan Afiqah meneliti setiap inci badan penyu itu. Inilah kali pertama 
mereka melihat penyu secar live. Macam-macam soalan yang mereka 
utarakan pada kakitangan yang baik hati ini.



Kakitangan ini meletakkan penyu tersebut ke atas lantai. 
Penyu itu terus berjalan dengan menggunakan 4 dayungnya yang 
keras itu. Kami sekeluarga merasa sangat bertuah kerana diizinkan 
Allah melihat keajaiban ciptaanNya tanpa perlu menjelajah ke dasar lautan.



Banyak yang Afiq dan Afiqah belajar dalam bilik darjah 
Pusat Pengurusan Penyu Pantai Padang Kemunting ini. 
Semoga segala ilmu Allah yang mereka perolehi sepanjang 
penjelajahan ini dapat menjadikan mereka seoran khalifah yang hebat kelak.



Mereka juga berpeluang melihat anak penyu dari dekat.



Hafidz yang bertindak sebagai salah seorang jurukamera FCUPRODUCTIION 
tidak melepaskan peluang mengambil photo-photo dan video yang akan 
digunakan dalam pembikinan video penjelajahan kami kelak.



Kerana terlalu minat pada penyu-penyu ini, Afiqah tak lepas 
peluang menciup anak penyu ini.


Lepas itu Afiq tanya kenapa penyu itu tak bertukar jadi putera raja. 
Ini mesti terpengaruh dengan cerita yang dia baca dalam buku cerita kanak-kanak.



Inilah sarang telur penyu di Pusat Pengurusan Penyu Pantai Padang Kemunting. 
Sebaik sahaja anak-anak penyu keluar dari pasir, mereka akan dilepaskan kelaut 
dan akan kembali ke pantai ini untuk bertelur kelak dengan izin Allah.


Kami menyaksikan keberangkatan anak-anak penyu ke lautan. 
Memang hebat ciptaan Allah kerana telah menjadikan anak-anak 
penyu tahu tanpa perlu diajar.

AJAIBNYA GEOMAGNETIC IMPRINTING PADA PENYU

Penyu dan ikan salmon adalah antara ciptaan Allah yang berupaya membuat Geomagnetic Imprinting.
Bagaimanakan penyu berkebolehan untuk kembali semula ke pantai berpasir tempat ia pertama kali melihat alam ini selepas menetas padahal ia telah meninggalkan pantai itu beribu-ribu kilometer.

Sebaik sahaja selepas menetas, anak-anak penyu akan berusaha keluar dari pasir yang menimbusnya. Dari sinilah mereka akan menggunakan isyarat visual dari alam sekeliling seperti cahaya bulan atau sinar di horizon lautan untuk terus menuju pantai. Dari saat dia masuk sahaja ke air, mereka akan terus berenang selama 48 jam tanpa henti. Mereka telah dibekalkan nutrition yang cukup untuk terus berenang tanpa henti. Allah telah jadikan mereka sangat peka dengan geomagnetic bumi dan semua ini berlaku semasa renangan yang pertama ini. Semua peta yang paling detail dan tepat dirakam kedalam otak mereka ketika ini. Sebab itulah apabila tiba waktu untuk bertelur, tanpa susah payah untuk mengingat semula, penyu-penyu ini akan kembali ke pantai tempat asal mereka. Masyaallah....hebat sekali ciptaan Allah terhadap penyu.

Satu mala petaka yang sangat besar jika kita menyimpan anak-anak penyu yang baru menetas di dalam tangki dan membelanya hingga agak besar dan lepaskannya kemudian. Mereka hilang keupayaan geomagnetic imprinting yang dikurniakan Allah kerana mereka terlepas proses berenang tanpa henti selama 48 jam sebaik sahaja menetas. Mereka juga tiada kemahiran berenang kerana telah dikurung di dalam tangki selama ini. Mereka akan kepenatan dan akhirnya menjadi mangsa di lautan. Penyelidikan ke atas penyu menyatakan bahawa setiap 1000 ekor anak penyu yang baru menetas, hanya seekor akan hidup hingga matang.



PERISTIWA BENAR YANG MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN HIDUP

Salah seorang kakitangan di Pusat ini ada menceritakan satu kejadian yang sangat ajaib dan telah mengubah kehidupannya. Pada suatu hari, semasa melepaskan anak-anak penyu ke laut, ada seekor anak penyu yang tertinggal dari groupnya. Semua anak-anak penyu yang lain sudah berenang kelaut dan anak penyu yang seekor ini baru berada di gigi air. Tahu apa anak penyu ini buat? Dia telah menadah kedua-dua dayungnya yang hadapan dan berdoa. Selepas itu barulah dia memulalan perjalanannya. Sejak dari peristiwa itu, pekerja ini terus mendekatkan diri kepada Allah dan mula mendirikan solat dan berusaha menjadi insan yang soleh.
Hebatnya ketaatan binatang kepada Sang Pencipta dan kita yang telah dibekalkan akal fikiran pula yang selalu engkar. Semoga kita sentiasa beroleh petunjuk dari Allah.


                                                                                                 DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Tuesday, March 13, 2012

SIRI 9 (MELAKA): CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.


(GUIDANCE CORNER)
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI


26. 12. 2011- Tepat pukul 12.30 tengahari kami check out dari Resort Pantai Minyak Beku. Peristiwa tsunami kecil yang melanda Pantai Timur pada 25. 12. 2011 cukup memberi kesan di hati. Terasa sangat Allah menjaga kami dan syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi atas segala aturan perjalanan. Doa dan terus berdoa pohon keberkatan perjalanan dan selamat dari sebarang mala petaka. Amin.

Oleh kerana resort hanya menyediakan heater pemanas air, kami hanya makan roti dan air kopi sebelum keluar pagi tadi. Perut mula berkeroncong. Wira-wira terus meluncur laju mengikut pedoman GPS dan mata kami tercari-cari tempat untuk kami sekeluarga mengambil tenaga sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Akhirnya kami menemui warung yang sesuai di Peserai.


Warung di Peserai yang kami singgah makan tengahari


UNIKNYA NASI AMBENG....!!


Oleh kerana hidangan special di warung ini asam pedas, kami pun mencuba rasa keistimewaannya. Memang sedap juga. Agak berlainan rasanya dengan asam pedas sebelah utara tanah air. Mungkin resepinya telah diolah dengan selera orang Jawa yang ramai di kawasan ini.  Selain itu, kami juga merasa nasi Embeng. Memang tak pernah tengok tapi pernah mendengar nama itu semasa melawat para blogger tidak lama dulu. Khabarnya, hanya di Johor saja senang dapat. Benarlah...kerana selama 50 tahun hidup di dunia, hanya kini dapat bersua muka dengan nasi Ambeng. Rasanya? Memang sedap juga.....dan bersifat masyarakat majmuk. Ada nasi dan juga ada mee goreng di samping sambal kelapa, ayam masak kicap dan sayur kacang serta tempe. Memang unik sekali.

ASAL USUL NASI AMBENG


Nasi ini disediakan oleh orang keturunan Jawa di sebelah Pantai Barat Malaysia semasa kenduri kendara seperti kenduri arwah (Tahlil) dan kenduri kesyukuran. Pada zaman dulu, nasi ini dimasukkan kedalam acuan atau besen sebelum dihidangkan. Dengan ini, nasi ini akan kenyal dan tak mudah bertabur. Yang menjadikan nasi Ambeng ini unik ialah lauk pauknya iaitu Tempe, Kerisik, Rempeyek, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk buah-buahan. Semuanya diletak di atas nasi yang berlapik daun pisang dan dulang.

Setiap hidangan adalah untuk 4 orang. Biasanya mereka adalah merupakan ketua setiap keluarga. Pada asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan. Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja. Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat (buah tangan) kepada keluarga yang menunggu di rumah. Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.


RESEPI NASI AMBENG JAWA
Bunda Alyssa adalah orang Johor dan ada keturunan Jawa dan Bugis sebelah emaknya. . Tentu sekali nasi ambeng adalah makanan yang selalu dihidang dalam keluarganya. Dapatlah korek sedikit sebanyak resepi daripada bunda Alyssa dan goggle diinternet

BAHAN-BAHANNYA:


- Nasi putih  
-Ayam masak kicap
-Mee goreng
-Serunding kelapa
-sayur goreng tempe

1) MEE GORENG JAWA

Bahan-bahan:
Mee kuning 2 paket
Taugeh (ikut suka banyaknya)
letak sos dan gula untuk manis
kicap (agak-agak)

Bahan untuk di mesin
5 biji Bawang merah
7 ulas Bawang putih
2 biji buah keras
lada kering(ikut pedas)

1 sdb lada hitam(diblend hingga halus)

1 sdb udang kering

Tumis bahan yang dimesin hingga wangi dengan sedikit minyak. Masukkan mee dan kicap, sos, gula dan garam secukup rasa. Masukkan taugeh. Kacau hingga separuh layu dan angkat.

2) SERUNDING KELAPA

Bahan-bahan:
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

Cara Menyediakan:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.


SUMBER:
http://tempevstapaiubi.blogspot.com/2009/02/resepi-nasi-ambeng-stail-jawa.html

 SAMBAL GORENG NASI AMBENG

Bahan-bahan:
7 tangkai kacang panjang atau buncis (hiris ikut suka)
1 biji kentang dipotong dadu dan goreng hingga empuk
2 keping tempe, dadu dan goreng
1 keping tauhu, didadu dan goreng
Ketiga-tiga ini ditoskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
40 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
3 keping pedal ayam muda, cuci bersih, hiris kecil
2 keping hati ayam, cuci bersih dan potong kecil
1/2 inci belacan, bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan jus asam jawa
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang serai, dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau hiris
1/3 cawan santan (optional, mat tak letak pun)
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :
  1. Pedak dan hati ayam dicelur sekejap, buang airnya. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng pedah dan hati tadi sekejap. Angkat dan toskan. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan pedal dan hati, jus asam jawa, belacan dan santan. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan fucuk, tauhu, tempe, kentang, cili merah dan hijau, kacau rata dan masukkan kacang panjang. Gaul rata. Tambah soo hoon tadi. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  4. Masak dengan api sederhana hingga sambal goreng sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...
Bahan:
5 keping tempe (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 peket kecil suhun (direndam)
2 peket kecil tauhu kering (direndam)
1 labu bawang besar (dihiris)
10 tangkai cili kering (dikisar)
Sedikit garam
Sedikit gula
Asam jawa
Cara Memasak:
Goreng tempe dan kentang sehingga garing. Toskan sehingga sejuk.
Tumis cili kering dan bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan tempe dan kentang tadi. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan suhun, tauhu kering dan garam. Kacau sekali lagi dan hidangkan.
Kalau nak sedap boleh la tambahkan ikan bilis dan kacang tanah yang disangan (goreng tanpa minyak).


Tips : jangan guna cili boh atau cili basah, nanti pahit dan cepat rosak.





 Wira-wira kami beratur di tepi jalan sementara kami sekeluarga
menikmati juadah makan tengahari di warung. Wira yang tengah adalah
milik Intan yang sedang menyambung pelajaran di peringkat Master di UTM. 
Cik Intan join kami seketika sempena hari minggu.





REALITI DALAM PEMBELAJARAN FCUHOMESCOOL
Sudah pasti khidmat GPS banyak membantu kami untuk terus ke Melaka. Pelajar FCUHOMESCHOOLING berpeluang mengenal banyak tempat baru. Kami menyusur Semerah, Parit Jawa dan bandar Muar sebelum terus ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Setiap tempat mempunyai identiti yang tersendiri. Begitu juga dengan loghat percakapan. Dari Kelantan, Trengganu, Pahang, Johor dan kini Melaka, setiap negeri memperdengarkan kelainan yang ketara. Seronok dengar anak-anak cuba mentuturkan perkataan-perkataan dalam loghat yang berlainan dan kami sama-sama ketawa kerana geli hati. Masyaallah...hanya dengan perkara yang simple, membawa satu keriangan dan kebahagiaan dalam satu keluarga. Terlalu banyak perkara yang simple berlaku dalam kehidupan kita seharian. Fikiran yang positive dan hati yang bersyukur akan menjadikan semua ini sangat berharga dan merupakan satu memori indah untuk dikenang. Maka jadilah ianya satu kehidupan yang penuh diberkati dan segala yang terbaik akan mula menghiasi sejarah kehidupan kita. Inilah antara rahsia mereka-mereka yang telah ditakdirkan menikmati segala kemeriahan nikmat dunia dan akhirat.


 



Ini peta yang tertera di screen iphone





Ini pula peta di goggle map.



Pembelajaran membaca peta menjadi salah satu pembelajaran yang utama dalam musafir ini. Pada mulanya kami trak perjalanan menggunakan khidmat GPS. Lokasi tertentu akan dirakam di kamera untuk dipelajari kemudian. Selalunya bila sampai di homestay atau resort yang kami diami, kami akan sama-sama amati semula perjalanan dan melihat jalan-jalan yang sudah dilalui. Perubahan tanda jalan di atas peta juga dapat dibaca oleh anak-anak contohnya dalam peta di atas. Resort Pantai Minyak Beku yang terletak di Batu Pahat ditanda dengan J124 kerana ianya berada dalam negeri Johor. Manakala Homestay Deruan Ombak pula ditanda dengan M143 kerana tempat ini terletak di negeri Melaka. Selain dari itu, perubahan rupa bentuk muka bumi juga dapat dikesan dari peta. Di sinilah baru saya dapat memperkenalkan cara membaca peta yang lebih canggih yang digunakan oleh para pengembara. Kalau dulu....pembelajaran ini memang membosankan. Bila berada dalam perjalanan, setiap masa peta adalah kawan karib kita dan anak-anak didedahkan secara meluas. Dengan sendiri timbul keinginan mereka untuk lebih arif dengan segala tanda-tanda yang tertera. Memang seronok kerana pembelajarn ini juga untuk kita orang dewasa. Kita sebagai pendidik dalam homeschooling juga mesti belajar kerana ingin mengajar sesuatu ilmu buat para pelajar (anak-anak). Memang berbeza dengan kurikulum persekolahan biasa, kurikulum homeschooling tiada batasnya. Kami bebas meneroka tanpa ada kongkongan dan bebanan kerja sekolah yang.

Sebenarnya pembelajaran sebeginilah yang lebih mencabar dan real. Apa yang dipelajari memang apa yang sepatutnya kita tahu untuk hidup secara praktikal. Homeschool tidak akan mengajar dan menyuruh anak-anak menghafal perkara yang bakal dilupakan begitu sahaja. Sistem peperiksaaan persekolahan biasa memang memperangkap pelajar untuk belajar hanya untuk dapat keputusan yang baik. Selepas exam...ilmu itu hilang kerana hafalan yang tak ada makna. Kita sendiri sudah melaluinya dan sebagai buktinya, cuba tanya mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan setahun dua. Pasti akan tersenyum hambar kerana tiada apa yang tinggal dalam benak minda. Manakala homeschool banyak mendedahkan anak-anak kepada ilmu praktikal kehidupan yang akan mereka master dari hari ke sehari. Kami memperkenalkan bidang perniagaan dari kecil lagi. Kami mengajar cara mengendali perniagaan online kami dan memberi tugasan yang tetap bagi setiap pelajar agar mereka bertangguh jawab memperkembangkan perniagaan keluarga. Memang inilah yang akan mereka lakukan kelak untuk menyara kehidupan mereka tetapi dengan perniagaan yang lebih hebat dan lebih profesional..

Kurikulum Homeschool Waktu Musafir:

1- Mengenal berbagai-bagai jenis loghat di Malaysia. Yang paling mereka susah nak ikut ialah loghat Kelantan. Maklumlah lidah mereka dah pekat dengan longat Kedah yang sangat berbeza sebutannya.
2- Arif dalam membaca peta dan tanda-tanda di atas peta dan mengingati nama tempat dan sungai yang dilalui.
3- Mengenal pasti akan kaitan jenis tanaman yang ditanam oleh peduduk setempat dengan bentuk muka bumi contohnya kelapa dan tembakau di Kelantan dan Trengganu manakala nenas dan kelapa sawit di Johor.
4- Merasa makanan istimewa setiap negeri yang berbeza-beza seperti Nasi Kerabu Hitam di Kelantan, Nasi Dagang di Trengganu dan Nasi Ambeng di Johor.
5-Mengenal musim dan jenis angin yang bertiup di Malaysia seperti Musim Tengkujuh di Pantai Timur yang dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut  yang bertiup dari November hingga Mach. Manakala Monsun Barat Daya pula bertiup  dalam bulan Mei hingga September. Sebab itulah lautan sangat bergelora macam nak telan orang semasa kami mengunjungi Pantai Paka dan Pantai Dungun.





Berhenti di sini seketika
**


Akhirnya kami memasuki territory negeri Melaka yang penuh dengan sejarah



PANTAI PADANG KEMUNTING
Wira-wira kami menyusur jalan yang betul-betul berada di persisiran pantai. Kiri kanan jalan penuh sesak dengan pengunjung. Meriah betul ...macam pasar malam. Kami tercari-cari homestay yang telah kami book melalui internet. Di sepanjang jalan kami dapati bayak resort-resort yang disediakan untuk para pengunjung seperti Islah Beach Resot dan Chalet Darul Aslah. Kami pula lebih suka pada suasana yang lebih privasi dan agak terpencil.


Ketibaan kami di sambut oleh bangunan penguat kuasa di daerah ini. Satu 
petanda baik bahawa keselamatan para pengunjung akan di pantau dengan baik.

Beginilah suasana santai dan mesra di Pantai Padang Kemunting. Gerai makanan dan 
restoran open air ada di mana-mana sepanjang pantai. Mata menikmati keindahan ciptaan
Allah dan lidah pula menikmati kesedapan hidangan. Satu gabungan yang cukup sempurana. 
Semoga segala nikmat ini dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Maha Berkuasa.


Pepohon yang besar dan rendang ini adalah antara tarikan utama pantai yang bersih ini. 
Suasana yang sangat berbeza dengan pantai-pantai di sebelah timur tanahair yang dihiasi oleh
pepohon kelapa. Yang paling menarik hati ialah terdapat banyak buaian daripada tayar seperti di atas digantung pada pokok-pokok yang rendang dan gagah di sepanjang pantai ini. Taman permainan yang sangat asli bagi kanak-kanak yang pasti tak akan melepaskan peluang untuk berbuai dalam tiupan bayu Selat Melaka. Dari kejauhan kelihatan beberapa kapal besar menyusur selat yang paling sibuk di dunia ini.


Lautan yang terbentang luas ini boleh menenangkan fikiran yang kusut.


HOMESTAY DERUAN OMBAK


Pemilik rumah ini menyambut kedatangan kami dengan senyum lebar.Tanahnya yang luas itu didirikan 2 buah rumah sebagai homestay dan sebuah sebagai tempat tinggal sekeluarga. Bagus juga idea begini kerana dalam usia yang hampir mencecah 80an, pak cik ini masih berupaya menjana pendapatan yang lumayan.


Seberang jalan itulah Pantai Padang Kemunting yang cantik tu...Dari rumah ini, kita dapat menikmati keindahan pantai yang terbentang pasir memutih dan menikmati alunan ombak yang tiada hentinya.


Terdapat 2 buah bilik tidur yang besar yang dilengkapi dengan sebuah katil bujang dan sebuah katil bersaiz besar. Mana ahli yang tak muat tu...masih banyak ruang untuk dijadikan tempat tidur kerana terdapat ruang tamu yang luas dan beranda mengadap Selat Melaka.


AKTIVITI DI PANTAI PADANG KEMUNTING


Oleh kerana pasar agar jauh dari tempat ini, kami memutuskan untuk beli sahaja segala makanan dari gerai-gerai yang berderet sepanjang jalan tepi pantai ini. Dengan itu kami ada banyak ruang masa untuk meronda-ronda sepanjang pantai dan menikmati keindahan matahari terbit selepas solat subuh. Memang indah dan membuka minda. Teringat kampung halaman nan jauh dimata, Kampung Bakau Tepi Laut yang sangat dirindui. Menikmati keindahan matahari terbit dengan menghirup secawan kopi panas di atas beranda belakang adalah kegemaran Hafidz. Selalunya kamera pasti berada disisi, bersedia untuk merakam sebarang burung yang dapat dikesani terutamanya Sang Helang.


Oleh kerana kedudukan pantai yang hanya beberapa langkah dari DERUAN OMBAK, 
kami bebas ke pantai bila-bila masa sahaja. Kedudukan homestay yang agak
 jauh dari tempat tumpuan ramai, memberi privasi kepada kami sekeluarga.






Tidak sempurnalah sekira bersantai di tepi pantai tanpa makan-makan. Bila makan beramai-ramai begini...memang berselera. Makanan tak berapa sedap pun jadi sedap. Kalau makanan yang sedap....lagilah cepat habisnya.






Inilah saat-saat yang sangat indah dalam dunia kanak-kanak.





Alangkah seronoknya Alyssa dapat bermain pasir









Inilah empat orang pelajar FCUHOMESCHOOLING yang banyak menceriakan perjalanan kami dengan kerenah mereka. Memang banyak pengalaman yang mereka kaut sepanjang perjalanan ini. Yang paling teruja ialah melihat perkembangan Alyssa yang hanya boleh merangkak ketika kami keluar dari Langkawi. Ketika di Pantai Paka, dia boleh melangkah sebanyak 3 tapak tapi masih tidak dapat berdiri dengan tegap. Di Deruan Ombak inilah dia mula dapat berdiri sendiri dengan tegap sekali. Syabas Alyssa !!!



Alhamdulillah...aktiviti homeschool masih dapat diteruskan sepanjang musafir panjang ini. 
Setiap kali kami sampai dimana-mana persinggahan, ada sahaja aktiviti yang menarik untuk 
anak-anak. Kali ini Afiq dan Afiqah buat "story telling" mengenai apa yang mereka 
nampak di sepanjang perjalanan.




 Berbagai-bagai peristiwa yang terlekat di benak fikiran mereka diluahkan. 
Seringkali penyampaian mereka sangat lucu dan mencuit hati hingga kami semua
 ketawa. Kehadhiran mereka sungguh membahagiakan.



 Alyssa juga ingin turut serta dalam penceritaaan ini. Oleh kerana Alyssa tak dapat 
berdiri dengan betul atas kerusi,  dia duduk dalam baldi mendengar abang dan 
kakaknya bercerita.



Giliran Alyssa pula bercerita. Semua orang teruja untuk mendengarnya tapi 
Alyssa hanya senyum meleret. Memang dah banyak cerita yang telah dirakam 
dalam otaknya tapi Alyssa masih tidak petah berkata-kata. Your time will come
 my dearest little princess.


Afiqah sedang melukis pelangi yang dia lihat semasa dalam perjalanan ke Melaka




Alyssa menunjukkan minat belajar yang tinggi dan pasti tidak akan ketinggalan untuk sama-sama join aktiviti homeschool. Seringkali dia akan cuba dapatkan apa yang Afiq dan Afiqah sedang pegang dan pasti sekali dia akan menangis bila gagal.


Walaupun dalam perjalanan, FCUPRODUCTION tetap beroperasi dan 
sememangnya banyak kerja perlu dikendalikan untuk menghasilkan sesebuah video.


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...