TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 26 Mac 2012

SIRI 11 ( RUMAH BERSEJARAH ) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA


(GUIDANCE CORNER)

MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI



( KHAMIS 28.12.2012)
Sudah dua malam kami menikmati bayu Selat Melaka di Deruan Ombak. Sudah pastinya, ruang masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk menyelaras segala urusan yang terbengkalai dalam perjalanan dari Pantai Minyak Beku hingga ke Pantai Padang Kemunting. Segala pakaian dan tuala yang kotor diuruskan dengan segera agar kering bila perjalanan seterusnya bermula. Aktiviti mengedit video juga berterusan hingga ketengah malam. Tibalah masanya kami beredar untuk terus meneroka negeri bersejarah yang sangat indah ini.

RUMAH MELAKA


 Sebenarnya banyak rumah Melaka yang cantik-cantik di sepanjang jalan tetapi 
tak sempat nak rakam kerana wira-wira berlalu agak laju. Yang paling ketara 
ialah tangganya yang besar dan cantik. Akhirnya dapat juga saya rakam 
 sebuah rumah Melaka apabila wira-wira berhenti di tepi jalan atas
sebab-sebab tertentu.


Memang cantik dan unik sekali. Setiap negeri mempunyai style rumah tersendiri. Kalau kat Kelantan, penduduknya suka bina rumah yang besar melaut. Designnya macam-macam dan bercampur ala moden dan traditional. Manakala di Johor pula, kebanyakan rumah ada halaman yang sangat luas. Kalau rumah tu...di tepi jalan, kita akan nampak rumahnya nun jauh disana selepas melalui halaman yang luas dan cantik serta kemas. Rumah di negeri Trengganu pula banyak yang berada antara 2 ciri iaitu negeri Kelantan dan negeri Johor. Pengamatan ini adalah secara rambang sahaja dan apa yang kami lihat di tepi jalan. Masuk sahaja sesebuah negeri, pelajar-pelajar homeschool mesti teruja untuk melihat kelainanan dalam binaan rumah bagi negeri tersebut.


Gambar sebuah rumah Melaka yang kami ambil dari goggle. Lihatlah betapa terserlahnya tangga yang penuh ukiran dan berwarna terang itu jika dibandingkan dengan saiz rumahnya. Memang menarik perhatian terutamanya bagi pelancung dari luar negeri Melaka.


( INFO UNTUK HOMESCHOOL )

RUMAH MELAYU ASLI DEMANG ABDUL GHANI (MERLIMAU)

Siapakah dia Demang Abdul Ghani yang membina rumah  traditional Melayu ini dalam tahun 1894 dan kemudiannya diubah suai dalam tahun 1915 ? 

Kini usia rumah ini  mencecah 118 tahun. Beliau adalah seorang hartawan yang berketurunan Palembang dan telah dilantik oleh Residen Commissioner Melaka untuk menguruskan kawasan pentabirannya. Dengan lain perkataan, beliau umpama seorang "Raja Kecil" yang sangat dihormati. Malah ada sebuah lokap sementara bagi pesalah yang dibicarakan sebelum dihantar ke pihak polis.


Lithatlah betapa mahirnya tukang kayu pada zaman dulu. Sememangnya hasil seni bina ini sangat mengkagumkan dan diperkatakan melampaui zaman dan warisan budaya. Persis Istana Melaka dan tidak hairanlah sesetengah penduduk Merlimau memberi jolokan rumah itu sebagai Istana Merlimau. Yang hairannya rumah besar ini tak berbilik. Ini adalah elemen utama rumah Melayu tulen.

Bentuk rumah itu mempunyai ciri Melayu tetapi anjungnya berbumbung limas. Rumahnya besar dua sebandung dengan dapur masaknya berbumbung lintang dan ruangnya juga sangat luas. Rumah besar dan dapurnya dipisahkan oleh sebuah pelantar simen, tiga buah anjung, serambi, dapur memasak dan perigi.






 Yang paling terserlah dalam binaan bersejarah ini ialah tiang serinya. 
Kedua-duanya telah dilapik dengan papan berlorek yang hiasi kelopak bunga.




Tangga yang cantik ini pula dihiasi dengan jubin yang diimport dari China.





 
Serambi inilah  Mahkamah Rakyat dihidupkan untuk mengadili kes-kes jenayah
di Melaka pada zaman dulu.


Ruang yang luas ini adalah sangat sesuai untuk persidangan







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...