TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, June 24, 2013

MALAM NISFU SYAABAN PERIGEE FULL MOON



Malam semalam memang istimewa kerana Malam Nisfu Syaaban kali ini dihiasi dengan wajah bulan purnama yang sungguh cantik. Paras air laut di FCU juga sangat tinggi hingga hampir mencecah lantai. Memang seronok dan suasana malam sungguh ceria. FCU ASTRONOMY tidak ketinggalan untuk menyaksikan phenomena Perigee Full Moon @ Supermoon semalam.

Seperti biasa pemerhatian dibuat bertempat di Balai Cerap 3 FCU ( Beranda belakang mengadap lautan). Apabila MAKING A HOUSE IN THE SEA 1 siap kelak, Balai Cerap 3 FCU akan berada jauh ke dalam laut   dibandingkan kedudukan sekarang. Lokasi ini akan lebih menyemarakkan  lagi kegiatan astronomi kami kerana ianya jauh sedikit dari gangguan cahaya lampu dari rumah-rumah jiran.

Sebaik sahaja lepas berbuka puasa semalam (23 Jun 2013), STATION FCU 1 dan STATION FCU 2 digabungkan menerusi Skype untuk Majlis Ilmu Nisfu Syaaban. Semoga buku-buku kita diangkat ke langit dalam keadaan kita tidak lupa dari mengingati Allah. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Bertuahlah mereka yang menghidupkan Malam Nisfu Syaaban kerana ianya merupakan malam kedua mulia selepas Malam Lailatul Qadar. Apalagi bila menghidupkan malam yang bertemankan bulan yang begitu cantik di langit angkasa. Subhanallah....

Tarikh malam Nisfu Syaaban 2013 di Malaysia mengikut kalendar islam. Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan atau 15 Syaaban dalam kalender Hijrah. Dalam Kaledar islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib.


Gambar perbandingan bulan biasa dan bulan penuh supermoon
Gambar di atas menunjukkan perbezaan bentuk bulan di mana masa supermoon, bentuk bulan adalah  lebih besar dari normal. Ini kerana kedududkan bulan berada hampir dekat dengan bumi dan fenomena ini dikenali supermoon. Mesti ramai peminat astronomi  yang melihat fenomena ini semalam. Bulan berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.


PUNCA KEJADIAN FENOMENA PERIGEE FULL MOON @SUPERMOON
Menurut kajian saintifik, fenomena Supermoon boleh menyebabkan kenaikan paras air laut seterusnya mempengaruhi pasang surut air laut. Walaubagaimanapun, National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) meramalkan tiada bencana besar akan berlaku susulan fenomena Supermoon.


BILAKAN FENOMENA PERIGEE FULL MOON INI BERLAKU SETIAP TAHUN?
Mengikut perkiraan astronomi, fenomena ini akan berlaku setiap 1 tahun 1 bulan 18 hari dimana Bulan Penuh akan berada pada kedudukan Perigee (iaitu paling hampir dengan Bumi). Maka saiz bulan akan kelihatan 'besar sikit' daripada biasa. Itu hampir mustahil untuk 'dibezakan' dengan mata kasar, melainkan kita guna kaedah seperti astrofotografi untuk kira saiz bulan di langit.

Sebelum ni  Perigee Full Moon berlaku pada 6 Mei 2012, dan sebelum tu lagi 19 Mac 2011. Insyaallah pada tahun depan  akan berlaku pada 10 Ogos 2014. Di bawah ini saya sertakan beberapa phota supermoon 2013(ikhsan dari google ). Serata dunia, bulan akan kelihatan  14% lebih besar dari bulan mengambang biasa dan cahayanya juga adalah 30% lebih cerah

Jepun


Over the Temple of Poseidon in Greece 


Kapal terbang melintasi bulan


Peake in mallee. 


SAMBUTLAH SALAM NISFU SYAABAN DARI 
FCUHOMESCHOOLING UNTUK SEMUA !!



Saturday, June 22, 2013

SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN




Alhamdulillah syukur ke hadraat Ilahi kerana kita berpeluang untuk hidup hingga ke saat ini dan semoga setiap detik hayat kita akan dipenuhi dengan mengingati Allah. Bulan Syaaban muncul lagi menghiasi diari kehidupan kita. Ini bermakna kita sudah begitu hampir dengan bulan muIia Ramadhan Al Mubarak. Penantian ini ada saya muatkan dalam entri :

Untuk itu marilah kita sama-sama menghayati pengertian Bulan Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban.


TARIKH PENTING BULAN SYAABAN  2013

-1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013

-15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan  atau 15 Syaaban dalam kalendar Hijrah.
10 Jun 2013 bersamaan dengan 1 Syaaban iaitu bermulanya bulan Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun 2013 adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib.

-Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib


PENGERTIAN BULAN SYA'BAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menenangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

-Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

-Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud),“Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

-Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata,“Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadisHasan Sahih.


FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
-Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

-Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

-Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat”.

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda,“Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).


PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.


MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib) iaitu bersamaan dengan 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat 
selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”


RAUDHOTUL ULAMAK

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Kitab Zubdatul Wa'idzin.


ANTARA DOA MALAN NISFU SYAABAN 

"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."



Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban, membaca surah Yassin 3x dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak,namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. 

"Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 15hb Syaaban adalah beribadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

sumber:
http://rossacalla.blogspot.com
http://hikmah.org.my
http://www.ismaaustralia.com

Thursday, June 6, 2013

MAKING A HOUSE IN THE SEA 1




FAMILY CHESS UNIVERSITY (FCU) adalah nama yang mewakili keluarga kami sejak dulu lagi. Sesuai dengan nama besar ini, kami sekeluarga juga sentiasa bertindak seperti mana-mana pusat pengajian tinggi dimana kesemua ahlinya sentiasa dalam pengajian tanpa mengira usia. Oleh kerana kebanyakan ahlinya pernah menuntut di universiti termasuklah enam anak yang pertama, suasana pembelajaran universiti tidak menjadi asing dan kekok. Tiga orang anak yang terkemudian dari sebelas orang adik beradik memilih HOMESCHOOLING selepas tingkatan lima, Manakala Tajrid dan Hafidz pula menghabiskan pembelajaran mereka sepenuhnya homeschooling. Segala kemahiran abang-abang diterapkan kepada adik-adik untuk sama-sama mengungguli segala pembelajaran. Begitulah juga dengan empat orang cucu iaitu Afiqah, Afiq, Alyssa dan Adelyn yang mengikuti pembelajaran sesuai dengan usia mereka dihomeschool kami. Ketua keluarga (GM) adalah mastermindnya yang sentiasa membimbing pembelajaran kami dalam setiap aspek kehidupan.

Bidang pembuatan rumah adalah antara pengajian yang diajar kepada semua anak-anak. Oleh kerana kami lebih menekankan pembelajaran dan pengalaman, setiap projek yang dibuat tidak perlu disegerakan hingga tergendala aktiviti yang lebih penting. Oleh kerana itu, pembinaan rumah dua tingkat yang masih dalam pembinaan tingkat kedua, terpaksa dihentikan apabila anak-anak sibuk dengan projek FCUPRODUCTION dengan mana-mana syarikat atau orang perseorangan. Entry mengenai pembinaan rumah ala LOGHOUSE dua tingkat itu ada di sini:

Build a house in 30 days - Season 2 Ep. 2

Build a house in 30 days - Season 2 Ep. 1


Kini kami melangkah setapak lagi dalam pembelajaran pembinaan rumah dengan membina sebuah lagi rumah yang mengunjur jauh ke dalam laut.



Ini adalah ruang lapang mengadap laut yang juga bertindak sebagai Balai Cerap 3 kami yang pernah kami paparkan dalam entri BLUE MOON LIGHTS UP THE NIGHT OF OUR NATIONAL DAY
...Rumah yang bakal dibina itu akan bersambung dengan pelantar ini dan mengunjur ke dalam laut.



Inilah laman yang bertindak sebagai kolam renang kami (wanita dan kanak-kanak) yang tidak berapa mahir untuk mengharungi lautan yang lebih dalam. Hafidz dan abang-abangnya yang lebih terror berenang memilih medan tengah lautan untuk mereka bermandi-manda. Kini....laman ini menjadi kenangan manis apabila pembinaan mula beroperasi.


OPERASI MEMBINA RUMAH DALAM LAUT

Pembinaan ini bermula lebih kurang sebulan yang lepas iaitu dua minggu sebelum bulan Rejab. Kalau dulu mereka membina rumah ala.LOGHOUSE yang mana dinding-dindingnya diukir dengan bentuk kayu balak. Kali ini mereka akan melalui cabaran yang lebih getir kerana faktor tanah yang berlumpur dan air laut pasang dua kali sehari. Begitu juga dengan kedudukannya yang jauh dari tempat simpanan bahan binaan yang terpaksa diangkut sedikit demi sedikit melalui jambatan kecil yang dibina. Kali ini kami membina rumah dua tingkat juga tapi tingkat atasnya tiada bumbung. Ini adalah untuk mengurangkan bebanan berat rumah yang berada di atas tanah berlumpur. Kajian terperinci telah dibuat oleh para pembinanya bagaimana mengatasi kemendapan tanah dan juga construction tiang dasarnya yang kukuh agar dapat melawan arus ombak.


 photo IMG_1387_zpsfdde002b.jpg
Kelihatan Hafidz menggali lubang tiang rumah bersama abangnya. Menggali di tanah selut yang menghisap but atau kasut ini bukanlah senang. Inilah cabaran yang perlu mereka hadapi demi kejayaan projek pembinaan rumah kedua ini.


 photo IMG_1415_zps8ad1a6c9.jpg
Akhirnya dapat juga menggali keluasan dan kedalaman yang diperlukan. 
Inilah keluasan tapak concrete yang akan memegang tiang rumah 
nanti agar tiang itu kelak dapat menahan sedutan selut, bebanan rumah dan 
arus lautan yang membadai pantai. Biarlah susah dahulu agar rumah yang 
dibina dapat dihuni tanpa rasa bimbang akan keselamatannya.



 photo IMG_1549_zps399df062.jpg
Oleh kerana faktor air laut yang pasang dua kali sehari, membuat proses 
menggali tanah juga tergendala dan mengambil masa yang lebih lama.



 photo IMG_15604_zps1c13943b.jpg
Inilah yang dikatakan cabarannya berganda dari membina rumah biasa kerana 
terpaksa bekerja dalam laut apabila air pasang dalam dua kali sehari.



 photo IMG_15591_zps50f67806.jpg



 photo 333df437-e1ae-4c42-8e18-4dd6d489f5d2_zpsc1a8ea4b.jpg
Setelah menetapkan hari yang sesuai, mereka memulakan kerja beramai-ramai di awal pagi. Segala kerja mesti dilakukan dengan pantas dan teratur kerana air akan pasang pada pukul satu tengahari. Ini bermakna mereka terpaksa menangguhkan kerja hingga air laut kembali surut.


 photo e18f6475-e041-469e-80f0-a4e7282792bc_zpse7918e09.jpg
Hafidz menyarung pakaian kerja FCU dengan penuh gaya 
seorang pembina rumah yang sentiasa sedia bekerja. 


 photo DSC04436_zps12343bf5.jpg
Hafidz membelek jam di tangannya...Dah pukul satu pagi. Apabila saya tanya bila nak berhenti? Selagi tak siap,,,mereka tidak akan berhenti. Memang saya kagum dengan semangat kerja mereka yang tidak mengambil kira penat dan lelah. Syabas buat kalian !!



 \ photo DSC04440_zps6110121d.jpg
Satu pemandangan suasan kerja yang sangat luar biasa. Sekali 
pandang macam orang outer space yang ada lampu di dada. 



 photo DSC04460_zps97b5c298.jpg
Akhirnya...lebih kurang pukul dua pagi mereka berjaya mengisi semen kedalam
 semua rangka yang telah disediakan.



 photo d1b2f19d-95d8-48e2-9670-f4ed6769b426_zps5068a669.jpg
Keesokan harinya Afiqah mula merasmikan tapak bangunan. Bukan main seronok dia meniti 
concrete sambil mengimbangkan badanya.



 photo DSC04509_zps844f3be5.jpg
Air laut yang hijau kebiruan itu berjaya menggamit Afiqah untuk
 terjun dan berenang. Inilah yang paling special tinggal di tepi laut....


 photo DSC04608_zps92062012.jpg
Bertuahlah kau pokok...kerana kau akan dikekalkan Menurut Hafidz, 
rumah yang mereka bina ini sangat istimewa kerana ada pokok dalam rumah. 




 photo 107ddcd2-96de-4556-a1ab-516c059d2506_zps8c1594c6.jpg
Papan lapis mula dipasang sebelum mereka mula membuat lantai...



 photo DSC04733_zpsa899c0e3.jpg
At last.....dah dapat berjalan hingga jauh ke pelantar sana. Pemandangan di sini sangat cantik kerana dapat melihat jeti Kuah dengan jelas. 


 photo 20130504_192934_zps4f69b675.jpg*
Awal pagi hari ketiga....anak-anak memulakan kerja dengan penuh semangat jiwa dan raga. Seperti biasa...mereka akan bersatu hati dan bertafakur sebelum memulakan satu lagi hari kerja yang panjang. Pertolongan Allah dan KudratNya sangat-sangatlah diperlukan agar rumah yang dibina akan penuh dengan keberkatan.



 photo DSC04792_zpsc53ec809.jpg
Tidak disangka,  hari yang cerah tiba-tiba mencurahkan hujan yang lebat. 
Kerja mesti diteruskan juga. Alternatifnya....membina khemah segera agar 
semen tidak dimasuki air. 




 photo DSC04795_zps18d5d063.jpg
Hafidz menyokong khemah dengan sebatang tiang. Lama juga dia memegang tiang 
itu hngga abang-abangnya dapat membuat sokongan yang lebih stabil.



 photo DSC04769_zpsba495be6.jpg
Bekerja hingga ke pagi hari....


 photo 5cdb6229-c97e-41ba-8063-75b40df2c308_zps5ca22cc3.jpg
Nampaknya Afiqah suka merasmikan setiap hasil kerja uncle-uncle nya. 
Pagi-pagi lagi dia sudah bersila atas lantai concrete sambil menyudahkan 
kerja latihan homeschoolnya.



BERSAMBUNG.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...