TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 4 Oktober 2015

DESIGN PAPER BAG UNTUK PASARAN


Semoga semua homeschooler di Malaysia khasnya dan di mana sahaja berada, sentiasa maju ke hadapan dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Yang paling penting dalam mengendalikan sesebuah homeschool ialah anak-anak kita seronok belajar dan pembelajaran berlaku dalam suasana santai dan meriah. Elakkan pembelajaran dalam suasana stress baik untuk anak kita mahupun buat diri kita sendiri. Kadang-kadang kita sebagai ibu, mahu anak kita cepat pandai dan jadi yang terbaik. Untuk mencapai misi tersebut kita memaksa anak-anak kita untuk berusaha lebih.

Hakikat sebenarnya...kita tidak mahu anak kita ketinggalan dari standard yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Segala pujian atau segala keritikan terhadap anak kita, akan terpalit pada ibubapa juga. Kita menumpang bangga dan itulah sebenarnya yang berlaku. Kita merasa bahagia sekali sekira anak kita mendapat keputusan cemerlang. Malah turut merasa malu sekira anak kita tercorot kebelakang. Padahal....erti kejayaan sebenarnya jauh telah terpesong dari apa yang difaham oleh masyarakat sekeliling. Seandainya anak kita dapat grade A sekarang, tidak semestinya dia akan terus dapat grade A dalam kehidupannya kelak. Malah ramai mereka yang tercorot semasa dibangku sekolah telah berjaya menjadi usahawan berjaya dalam kehidupan sebenar. Keperibadian mereka itulah sebenarnya yang akan menentukan dimana mereka akan berada kelak.

Pelajar FCUHOMESCHOOL sangat suka pada pelajaran kreativiti. Mereka suka berkarya bersama-sama sambil berceloteh itu dan ini. Gelak ketawa dan gurau senda memeriahkan lagi pembelajaran. Kali ini kami sediakan peralatan untuk membuat paper bag. Mereka diberi tugasan untuk design paper bag yang bakal dipasarkan kelak. Beri bayangan pada mereka bahawa mereka adalah ahli perniagaan yang akan menjual paper bag. Mereka  mempunyai kilang untuk mengeluarkan paper bag yang cantik dan berkualiti. Idea sebegini membuat mereka sangat teruja dan merasa diri mereka dihargai dan penting.

Komputer banyak membantu dalam pembelajaran homeschool. Dengan sendirinya mereka mempunyai kemahiran untuk mencari idea bagi projek paper bag. Galakkan mereka berbincang
sesama sendiri. Sebenarnya banyak pembelajaran tidak langsung dapat kita suntik dari projek seperti ini. Di sinilah kita sebagai pengajar mempunyai peluang untuk memasukkan elemen-elemen yang baik bagi mempertingkatkan jati diri anak-anak.


MENCARI IDEA DI INTERNET

Afiq dan Alyssa sedang berbincang dan mencari idea untuk projek paper bag.


Galakkan mereka memberi komen dalam setiap gambar paper bag yang mereka tengok. 



MENENTUKAN DESIGN YANG BAKAL DIPILIH

Afiqah memilih konsep bunga dan reben.


Afiq pula dengan konsep reben


Alyssa pula dengan konsep cup cake. 



PERLAKSANAAN  PROJEK PAPER BAG

Peralatan yang mereka siap sendiri. 

























DESIGN HEBAT PAPER BAG BUAT PASARAN

Menurut Alyssa cup cake nya berbentuk kartun pakai kaca mata hitam. 
Oo...begitu. Bagus juga idea ini kerana bentuk cup cake biasa dah 
jemu dan old fashion. Memang kanak-kanak juga mampu memberi 
idea yang bernas jika diberi peluang, Dia juga mengambil 
idea elemen reben dari Afiq. Syabas Alyssa....good work!



Afiq tukar perancangan dari elemen reben ke elemen huruf abjad. Bila ditanya mengapa tidak guna elemen reben...dia kata reben tak cool. Betul juga tu...sebab Afiq adalah lelaki dan bukan perempuan.Wah....dah cukup baguslah bila dia dapat buat reasoning dalam 
tindak tanduknya. Di sini kita dapat lihat bahawa dari projek paper bag yang 
simple itu kita sudah dapat menyuntik bayak pembelajaran jati diri 
dalam diri anak-anak.




Afiqah tetap dengan elemen bunga yang telah ditetapkan sebelum projek bermula. 



KELETAH ANAK-ANAK YANG MENCERIAKAN SUASANA













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...