TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 1 Oktober 2015

LAWATAN RAKAN-RAKAN SEKAMPUNG


Adakah anda tahu siapakah gerangan yang menjadi rakan-rakan anak anda? Siapakah gerangan kawan karib mereka dan di manakah tempat yang selalu mereka berhimpun untuk mengisi masa lapang mereka?
Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita di atas dunia ini. Adalah tugas kita untuk mencoraknya menjadi muslim sejati. Walau bagaimana sibuk pun kita, pemantauan dari masa ke semasa sangat penting kerana anak-anak kita boleh rosak akhlak sekiranya tersalah pilih kawan. Mereka boleh saja berpura-pura baik hingga pijak semut pun tidak mati apabila di hadapan ibubapa dan keluarga. Sebaliknya, menunjukkan belang yang sebenar bila berada di kalangan rakan-rakan mereka.

Satu kelebihan yang ketara bagi pelajar homeschool ialah pergaulan anak-anak dalam kawalan para ibubapa. Saban hari mereka banyak bersama keluarga, baik masa belajar mahupun apabila membuat aktiviti luar.

ADAKAH PELAJAR HOMESCHOOL TIDAK PANDAI BERSOSIAL?
Teratak FCU terletak di tepi laut, Kampung Bakau, Langkawi. Seratus peratus penduduknya adalah dari bangsa Melayu dan original warga Langkawi. Kebanyakan mereka adalah terdiri dari nelayan, para peniaga dan pekerja hotel.
Suasana di perkampungan ini masih sama seperti suasana kampung dulu-dulu. Kanak-kanak bebas bermain tanpa ada rasa bimbang di kalangan ibubapa kerana penduduknya sangat kenal antara satu sama lain. Permainan tradisi seperi gasing, wau, congkak dan ketuk tin masih popular di kalangan kanak-kanak kampung. Sorak sorai dan derai ketawa mereka jelas kedengaran memecah suasana tenang perkampungan ini setiap hari terutamanya waktu petang.

Namun begitu kami tidak membenarkan anak-anak kami bebas bergaul. Ini tidaklah sesuatu yang menghairankan kerana kami adalah sebuah keluarga homeschool. Antara sebab utama kami homeschool anak-anak adalah untuk mengawal pengaruh luaran yang bertentangan dengan prinsip keluarga kami. Setiap keluarga pasti ada prinsip masing-masing samaada berteraskan hukup Islam atau sebaliknya. Pengawalan pergaulan ini tidaklah sampai mereka terpisah dengan masyarakat sekeliling. Tegur sapa dan kemesraan tetap terjalin antara mereka. Sekali sekala mereka akan datang bertandang beramai-ramai untuk bergaul mesra dengan pelajar homeschool kami. Sekali sekala kami biarkan anak-anak kami bergaul mesra dan bermain  di perkarangan kampung bersama-sama kanak-kanak yang lain.


Adelyn dan Alyssa dengan gembiranya menyambut kedatangan rombongan 
rakan-rakan sekampung.



Ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Adelyn kepada kawan barunya. 
Ketika ini Adelyn masih tidak fasih bertutur.


Sedikit pun Afiq tidak merasa kekok untuk berkongsi melihat paparan 
di tabletnya. Lihatlah betapa mesranya mereka walaupun berjumpa sekali 
sekala. Pendapat mengatakan kanak-kanak homeschool tidak pandai bersosial 
adalah meleset sekali. Malah mereka lebih mahir kerana kawan-kawan 
mereka tidak hanya di kalangan kanak-kanak sebaya. Pergaulan mereka 
meluas merangkumi orang dewasa yang jauh perbezaan umur.

Afiqah sedang melayan Mo (74 tahun), salah seorang kenalan kami 
dari New Zealand. Posting ini boleh dibaca di sini


Antara yang menarik perhatian kanak-kanak yang bertandang ke teratak kami 
ialah melihat bonsai. 


Gelak ketawa dan gurau senda pasti meninggalkan kesan yang sangat 
positive di hati mereka. 


Jom  kita layan video yang memaparkan kelucuan Adelyn yang masih tidak mengerti erti perlumbaan. Inilah  suasana meriah dan gembira setiap kali anak-anak kami berpeluang bergaul dengan rakan sekampung. Yang lawaknya...bila dia sedar bahawa dia dah ketinggalan, pandai pula cover cuci lantai tanah seolah-olah dia bukan nak berlumba sebenarnya...Ha..ha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...